PENGENALAN
Etika pemakaian merupakan salah satu aspek penting dalam membentuk sahsiah, disiplin dan imej profesional seseorang pelajar. Pemakaian yang kemas, sopan dan mengikut peraturan bukan sahaja mencerminkan keperibadian yang baik, malah menunjukkan rasa hormat terhadap institusi serta warga kolej. Oleh itu, setiap pelajar Kolej Vokasional hendaklah sentiasa mematuhi garis panduan pemakaian yang telah ditetapkan mengikut hari bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berdisiplin dan profesional.
