
Selamat Datang ke MyCareerHub
MyCareerHub ialah sebuah sistem berasaskan WordPress yang dibangunkan untuk membantu graduan baharu dan pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Sistem ini menyediakan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam industri IT, di samping berkongsi panduan dan tips yang berguna untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Objektif Sistem
– Membantu graduan IT mengenali syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan.
– Menyediakan maklumat kerjaya yang mudah diakses dalam satu platform.
– Memberikan panduan berkaitan persediaan memasuki alam pekerjaan.
– Meningkatkan kesedaran graduan tentang keperluan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri IT.
Ringkasan Fungsi
MyCareerHub menyediakan beberapa fungsi utama, antaranya:
– Memaparkan maklumat dan profil syarikat yang sesuai untuk graduan IT.
– Menyediakan cadangan syarikat melalui artikel atau blog.
– Berkongsi tips kerjaya seperti penyediaan resume, portfolio dan persediaan temu duga.
– Menyediakan halaman untuk pengguna menghubungi pentadbir bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Mula Terokai