Apa itu MyCareerHub?
MyCareerHub ialah sebuah sistem berasaskan WordPress yang dibangunkan untuk membantu pelajar dan graduan baharu dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya. Sistem ini menyediakan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan IT, di samping berkongsi tips kerjaya dan panduan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
MyCareerHub bertujuan menjadi platform rujukan yang mudah diakses bagi membantu pengguna membuat persediaan dan memilih laluan kerjaya yang sesuai mengikut minat serta kemahiran mereka.
Misi
- Menyediakan maklumat kerjaya yang tepat, mudah difahami dan bermanfaat kepada graduan IT.
- Membantu pengguna mengenali syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan dalam industri teknologi.
- Meningkatkan kesedaran tentang kemahiran dan persediaan yang diperlukan sebelum memasuki alam pekerjaan.
Visi
Menjadi platform rujukan kerjaya yang dipercayai oleh pelajar dan graduan IT dalam membantu mereka membuat persediaan serta membina kerjaya yang berjaya dalam industri teknologi.
Sasaran Pengguna
MyCareerHub dibangunkan khusus untuk:
- Pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) yang ingin mengetahui peluang kerjaya sebelum tamat pengajian.
- Graduan baharu yang sedang mencari pekerjaan pertama dalam industri IT.
- Pencari kerja peringkat junior yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarikat, peluang kerjaya dan panduan memasuki dunia pekerjaan.